Organisasi yang besar mahupun peniaga kecil dan sederhana, memerlukan penambahbaikan dalam organisasi dari segala aspek yang berkaitan dalam menggerakkan perniagaan dengan lebih baik. Penambahbaikan perlu dibuat dalam memastikan perniagaan yang dijalankan berada dalam landasan yang betul selari dengan visi dan misi syarikat. Hal ini demikian kerana, dalam mendepani cabaran teknologi yang berkembang pesat para ahli perniagaan haruslah berfikiran secara kritis dan cepat dalam merubah corak perniagaan seiring dengan kemajuan teknologi dan digital atau lebih dikenali sebagai Industrial Revolution 4.0. Oleh yang demikian, prinsip dan konsep Lean Six Sigma merupakan kaedah penambahbaikan berterusan yang boleh digunapakai oleh pelbagai industri yang ingin melakukan perubahan dan penambahbaikan di dalam proses penghasilan produk dan servis untuk mengurangkan pembaziran seterusnya dapat meningkatkan kualiti produk akhir. Penerapan prinsip Lean Six Sigma dapat meningkatkan kepuasan pelanggan dan syarikat akan memperolehi keuntungan yang optimum.
Definisi Lean
Prinsip Lean merupakan satu metodologi yang bertujuan untuk meningkatkan suatu proses dengan menghapuskan semua aktiviti yang tidak mempunyai nilai tambah dan meningkatkan proses kerja untuk menjadi lebih efektif dan efisien dengan memperoleh hasil yang lebih cepat dan kualiti yang lebih baik. Prinsip asas Lean bertujuan untuk meningkatkan nilai tambah (value added) produk dan servis untuk memberikan nilai kepada pelanggan dalam semua garis proses kerja yang dilakukan oleh sesebuah syarikat perniagaan. Tujuan prinsip Lean juga adalah untuk meningkatkan kepuasan pelanggan secara berterusan dengan meningkatkan kualiti produk dan servis.
Definisi Six Sigma
Six Sigma merupakan satu metodologi sistematik yang memfokuskan pada peningkatan kualiti mahupun prestasi dalam sesuatu proses. Six Sigma merupakan strategi penambahbaikan proses yang meningkatkan kualiti hasil dengan mengurangkan kecacatan di dalam sesuatu proses pembuatan produk mahupun servis. Diterapkan pada tahun 1980-an, penggunaan Six Sigma berdasarkan konsep statistik di mana proses yang dilakukan hanya menghasilkan 3.4 kecacatan per juta peluang (DPMO). Oleh yang demikian, Six Sigma boleh dianggap sebagai matlamat yang perlu dicapai, untuk mengurangkan cacat cela ketika proses dijalankan dan melakukannya secara konsisten (kebolehubahan rendah).
Sigma adalah huruf Yunani dan unit pengukuran statistik yang menggambarkan kebolehubahan atau penyebaran data.
σ | DPMO* | Yield |
6 | 3.4 | 99.9997% |
5 | 233 | 99.977% |
4 | 6,210 | 99.379% |
3 | 66,807 | 93.32% |
2 | 308,537 | 69.2% |
1 | 690,000 | 31% |
*Defects Per Million Opportunities
Tahap prestasi 6σ mempunyai 3.4 kecacatan per juta peluang (3.4 DPMO), yang dapat diterjemahkan kerana daripada 1 juta produk, hanya ada 3 hingga 4 kecacatan.
Gabungan Lean dan Six Sigma
Gabungan prinsip Lean dan Six Sigma menyediakan pendekatan yang sistematik dengan menggabungkan alat untuk membantu pekerja membina kebolehan dalam penyelesaian masalah yang dihadapi di syarikat. Prinsip Lean dan Six Sigma berdasarkan oleh kaedah saintifik dan metodologi penambahbaikan berterusan yang diguna pakai untuk menghapuskan sisa dan mengurangkan variasi yang terdapat dalam sesuatu proses yang mellibatkan penghasilan produk dan servis. Selain itu, Lean Six Sigma merupakan proses penyeragaman yang didefinasikan sebagai kemampuan organisasi untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan secara konsisten dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Prinsip Lean digunakan untuk mencapai matmalat dengan menggunakan alat seperti kaizen, organisasi tempat kerja. Manakala Six Sigma pula cenderung dalam menggunakan analisis data statistic, reka bentuk eksperimen dan hipotesis.
Pelaksanaan yang sempurna dimulakan dengan pendekatan prinsip Lean dengan memastikan tempat kerja efisien dan efektif, mengurangkan sisa, dan mengaplikasi peta aliran nilai (VSM) untuk meningkatkan pemahaman dan hasil. Sekiranya masalah didalam proses masih terjadi, maka alat statistik Six Sigma yang lebih teknikal dapat digunakan.
Langkah-langkah Lean Six Sigma
Lean Six Sigma menggunakan kaedah 5 langkah untuk memperbaiki proses dan menyelesaikan masalah yang disebut sebagai DMAIC.
D (DEFINE) | Menentukan masalah, matlamat projek, keperluan pelanggan dan mengenal pasti skop projek. |
M (MEASURE) | Mengukur proses untuk menentukan prestasi semasa dan keupayaan proses diukur untuk mengenal pasti asas proses tersebut. |
A (ANALYZE) | Menganalisis dan menentukan punca kerosakan atau masalah dengan menggunakan alat grafik atau statistik. |
I (IMPROVE) | Meningkatkan proses dengan menghapuskan punca kerosakan dengan perancangan yang tepat dalam pelaksanaan cara penyelesaian. |
C (CONTROL) | Mengawal prestasi proses pada masa depan dan memantau keberkesanan penyeleasaian yang dilaksanakan dalam fasa penambahbaikan. |
DMAIC adalah strategi kualiti berdasarkan data yang digunakan sehingga proses perniagaan yang sedia ada berkesan dan mempunyai prestasi yang lebih baik. 5 langkah DMAIC merupakan fungsi yang berbeza dan setiap langkah harus dibuat untuk melihat keberkesanan dan perubahan yang berlaku didalam proses untuk mencapai matlamat syarikat.
Apakah Kelebihan Implementasi Lean Six Sigma Dalam Organisasi?
Meningkatkan Tahap Kepuasan Pelanggan.
Kepuasan atau kesetiaan pelanggan adalah salah satu faktor penting yang dapat menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Pelanggan akan setia kepada sesuatu produk mahupun jenama sekiranya tahap kepuasan pelanggan tinggi terhadap produk mahupun perkhidmatan anda. Pakar percaya bahawa kebanyakkan pelanggan tidak kembali kepada sesuatu produk sekiranya berlaku ketidak puasan hati dengan produk ataupun sikap pekerja. Oleh yang demikian, Six Sigma dapat mengurangkan risiko terhadap pelanggan yang tidak berpuas hati dengan mengenal pasti dan menangani punca persepsi pelanggan terhadap kepuasan produk dan perkhidmatan. Dengan bantuan latihan Lean Six Sigma untuk para kakitangan syarikat, dapat membantu mengatasi masalah dalam proses dan membantu mengembalikan keyakinan pelanggan dengan kualiti dan perkhidmatan yang lebih baik.
Meningkatkan Produktiviti
Adalah sangat sukar untuk sesebuah organisasi memanfaatkan pekerja untuk berkerja dengan lebih efektik pada setiap masa, ianya akan menjadi lebih sukar apabila melibatkan sebuah perusahaan yang besar yang mempunyai tenaga kerja yang besar di pelbagai lokasi Geografi dengan perbezaan bahasa dan budaya. Six Sigma dapat mengatasi kekangan ini dengan mengukur tempoh masa yang diambil untuk sesuatu aktiviti dan mengenal pasti punca kepada produktiviti yang rendah. Dengan mengumpulkan data perniagaan kritikal dari pelbagai aspek, Six Sigma dapat membantu organisasi dalam mengatasi masalah sebenar yang dihadapi oleh sesebuah organisasi.
Mengurangkan Masa Kitaran Hayat Projek
Apabila syarikat memulakan sesuatu projek, kebanyakan masa yang diambil berjalan melebihi tarikh akhir yang disebabkan oleh perubahan skop projek atau perubahan dalam dasar pengurusan. Dengan menggunakan metodologi Six Sigma, ketua projek dapat menubuhkan pasukan eksklusif yang mempunyai gabungan profesional yang berpengalaman dari semua peringkat dalam organisasi dan dari pelbagai jabatan. Pasukan ini kemudian akan ditugaskan untuk mengenal pasti faktor-faktor kritikal yang memberikan kesan negatif kepada projek sehingga dapat menggangu proses sehingga berjalan melebihi tarikh yang telah ditetapkan. Setelah mengetahui punca masalah, pengurus projek dapat menugaskan mereka untuk mencari jalan keluar untuk masalah yang bakal timbul. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan masa kitaran hayat projek dengan lebih rendah.
Mengurangkan Kos Operasi Organisasi
Dalam mana-mana organisasi yang ingin melaksanakan penambahbaikan berterusan, mengetahui bahawa penambahbaikan ini menggunakan perbelanjaan yang tinggi. Oleh itu, dengan memiliki pemahaman mendalam tentang operasi syarikat denga tujuan untuk melakukan penambahbaikan, adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan kos. Dalam metodologi Six Sigma, peningkatan proses melibatkan DMAIC (Define, Measure, Analyze, Improve and Control). Manakala dari segi statistik, metodologi Six Sigma dapat mengurangkan masalah kepada 3.4 kecacatan per juta peluang. Oleh itu, sekiranya sebuah organisasi menggunakan masa yang singkat untuk memperbaiki produk yang rosak, organisasi tersebut dapat mengurangkan kos dengan mencapai kualiti sebanyak 20% dan meningkatkan pendapatan operasi sebanyak 50%. Perkara yang sama dapat dilaksanakan di pelbagai cabang lokasi dan organisasi dapat memastikan operasi mencapai tahan keberkesanan kos yang lebih optimum.
Pengurusan Masa yang Lebih Baik
Syarikat yang menggunakan metodologi Lean Six Sigma dapat membantu pekerja mereka menguruskan masa dengan lebih baik, dapat melakukan kerja dengan cekap dan produktif daripada sebelumnya. Dengan pengetahuan Lean Six Sigma, seseorang dapat menilai kekerapan masalah yang berlaku didalam proses, dan seberapa banyak masalah tersebut memerlukan perhatiannya. Pekerja yang dilatih dengan ilmu Lean Six Sigma dapat mempertimbangkan bagaimana tatakerja seharian dapat membantu dalam usaha untuk mencapai matmalat kerja. Dengan penilaian kendiri seperti ini, seseorang dapat membuat rancangan tindakan dan berusaha untuk menjadi lebih cekap dan mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan yang betul.
Membantu dalam Perancangan Strategik Organisasi
Prinsip Lean Six Sigma bukan sekadar metodologi peningkatan proses, walakin begitu ia juga memainkan peranan penting dalam menyediakan perancangan yang strategik bagi sesebuah organisasi. Sejurus sahaja syarikat mempunyai misi dan melakukan analisis SWOT, maka Lean Six Sigma akan membantu organisasi untuk memberi tumpuan kepada bidang yang perlu diperbaiki. Sebagai contoh, jika strategi perniagaan berdasarkan pada penyediaan perkhidmatan berkualiti di pasaran, maka Six Sigma dapat digunakan untuk memperbaiki proses dalaman dan luaran dengan menghilangkan kecacatan pada produk dan memberikan kualiti yang terbaik pada produk dan perkhidmatan.
MBizM Group menyediakan pelbagai peringkat latihan Lean Six Sigma seperti Yellow Belt, Green Belt, Black Belt dan Master Black Belt. Perunding dan pelatih kami mempunyai pengiktirafan Lean Six Sigma selama beberapa tahun kepada pelanggan daripada industri yang berbeza. Untuk makluman anda, LSS Academy Sdn. Bhd. merupakan organisasi penyedia latihan yang berakreditasi oleh IASCC dan Council for Six Sigma Certification. Kami menawarkan harga terbaik untuk latihan dan pensijilan Lean Six Sigma di Malaysia dengan pelatih yang berpengalaman. Peserta kami akan diberikan bahan-bahan latihan secara percuma. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan latihan dan pensijilan Lean Six Sigma, kunjungi lawan web kami di https://www.mbizm.com/ dan hubungi kami di +603 7873 8485. Wakil kami bersedia untuk menjawab pertanyaan anda mengenai latihan yang kami sediakan.